Japanese Strawberry Shortcake

Sunday, 3 June 2012

Hye......
Bertemu kembali kita.... semoga semuanya sihat2 dan gembira slalu (^___^)V
Ina alhamdullilah chat dan bertambah2 berat badan... (sentiasa berharap dpt kurangkan sdkt berat walaupun turun hanya 0.1kg hati da cukup hepi....)

Ada sesiapa yg ada idea x? bulan posa da dekat ni.. raya ni kena la buat baju baru plak klu berat x turun2 lagi sob...sob..sob.. sedih tau..... 

x mo lagi cakap bnyk... hari ni ina nak share resepi yg ina dapat dari kak Zack
Resepi sangat2 mudah dan rasa dia pun sedap sangat wink wink... (sambil lupakan masalah berat badan)

Buat pengemar kek Strawberry.... sila la cuba resepi ni anda pasti berpuashati Hahahaha..

Bahan-Bahannya
5 Biji Telur Gred A
150gm Gula Kastor
100gm Tepung Superfine
25gm Tepung Jagung
1/2st Baking Powder
50ml Susu Segar + 1st Esen Vanilla
50gm Butter-dicairkan

Bahan Hiasan
300 - 500gm Fresh Cream (Non-diary whipping Cream), dikocok hingga kental
250gm Buah Strawberry Segar - Ina campur ckit ngan dark pitted cherries
Coklat untuk celup strawberry (Optional) - Ina x letak

Cara-Caranya

1. Panaskan oven pada suhu 170C
2. Lengserkan dan alaskan dasar serta keliling loyang kek 8 atau 9" dengan baking paper kemudian ketepikan.
3. Pukul telur dan gula dalam bekas tahan panas dengan mixer pada max speed secara double-boiler. Pukul hingga adunan naik 2 - 3x ganda, berwarna kuning pucat selama 6 minit.



4. Ayakkan tepung superfine, tepung jagung dan baking powder dalam bekas lain.


5. Kaup balikkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur, berselang-selikan dengan susu segar. Mulakan dengan campuran tepung dan akhiri dengan campuran tepung juga.
 6. Ambil sedikit adunan, campurkan ke dalam butter yang telah dicairkan. Gaul rata dan masukkan adunan ini ke dalam adunan asal. Kaup balik hingga rata


7. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar 170C selama 30-35 minit atau sehingga masak... Terpulang dengan ovan masing2.

8. Keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang atas redai. Keluarkan loyang dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik

9. Potong kek kepada 3 layer (tapi ina cuma buat 2 layer).


 10. Atas layer kek pertama, sapu fresh cream dan hirisan strawberry secara rawak. Tutup dengan layer kedua. (Versi ina plak.. tabur hirisan buah strawberry + dark pitted cherries then tutup dengan lapisan fresh cream)

11. Ulang dengan menyalut lapisan ke-2 (Ina skip bhgn ni..)

12. Akhiri dengan lapisan kek ke-3 dan salut keseluruhan kek dengan baki fresh cream. Susun hirisan strawberry di sekeliling kek dan di atas kek.

13. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan

  


Selamat mencuba!!!

0 comments:

Post a Comment

Choco Grand's Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino