Pavlova

Sunday, 17 June 2012

Haloooooooo.... semua (^__^)
Ceria ka hari ni? hari jak yang ceria.. tapi hati ina sakit mengenangkan selipar jpun ina hilang..
huhuhuhu... nampak gayanya kena ber'high heels' la 1 hari ni.. kesian kaki ku...

Hurmmm.... sudah la... x mo sedih2 lagi...
Mcm biasa.. Resepi terpilih untuk hari ni adalah....
PAVLOVA Yey!!!

Walaupun pun pavlova ni da lama dikenali.. tapi ina baru ada peluang dapat masak dan rasa (sian kan... kan best kalau ada chef kat umah)

Jom kita tgk apa bahan-bahannya ye... Opppsss... sebelum terlupa credit to Kak Wan.. Thanks ye kak sudi kongsi resepi ni & berharap akak x marah ye ina tempek resepi ni kat cni...
 
Bahan-bahannya:
200ml putih telur (4 biji Gred A)
160gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar
2 sudu teh tepung jagung
200ml whip cream / thickened cream / double cream (ina guna non diary whipping cream)
Buah-buahan segar, strawberry, kiwi atau yang di sukai

Cara-caranya :
1.  Panaskan oven pada suhu 120C.  Alas dulang pembakar dengan kertas baking / silpat mat.
2.  Pukul putih telur dalam mangkuk mixer yang bersih dan kering hingga berbuih.  Masukkan gula kaster, cream of tartar dan tepung jagung.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan bertanduk.
3.  Masukkan ke dalam acuan dan ratakan permukaannya dgn spatula. Jgn lupa buat ruang kat bahagian tengah untuk simpan whip cream ngan buah nanti.


4.  Bakar di rak tengah selama 1 jam.  Tutup suis oven dan biarkan pavlova mengering di dalamnya selama 30 minit.  Permukaan dan tepi pavlova kelihatan retak dan berwarna kuning keemasan.
5.  Pukul whip cream hingga kental.  Picit / sapu ke atas pavlova dan tabur dengan buah2han hiris.
6.  Rasanya manis, ranggup di luar dan lekit di dalam.. sediakan dengan buahan-buahan kegemaran ..

Ini lah Hasilnya...




Yummy.... nyum.. nyum...

 Cuba... jgn x cuba... berjaya atau x blkg kira.. Hehehe

Japanese Strawberry Shortcake

Sunday, 3 June 2012

Hye......
Bertemu kembali kita.... semoga semuanya sihat2 dan gembira slalu (^___^)V
Ina alhamdullilah chat dan bertambah2 berat badan... (sentiasa berharap dpt kurangkan sdkt berat walaupun turun hanya 0.1kg hati da cukup hepi....)

Ada sesiapa yg ada idea x? bulan posa da dekat ni.. raya ni kena la buat baju baru plak klu berat x turun2 lagi sob...sob..sob.. sedih tau..... 

x mo lagi cakap bnyk... hari ni ina nak share resepi yg ina dapat dari kak Zack
Resepi sangat2 mudah dan rasa dia pun sedap sangat wink wink... (sambil lupakan masalah berat badan)

Buat pengemar kek Strawberry.... sila la cuba resepi ni anda pasti berpuashati Hahahaha..

Bahan-Bahannya
5 Biji Telur Gred A
150gm Gula Kastor
100gm Tepung Superfine
25gm Tepung Jagung
1/2st Baking Powder
50ml Susu Segar + 1st Esen Vanilla
50gm Butter-dicairkan

Bahan Hiasan
300 - 500gm Fresh Cream (Non-diary whipping Cream), dikocok hingga kental
250gm Buah Strawberry Segar - Ina campur ckit ngan dark pitted cherries
Coklat untuk celup strawberry (Optional) - Ina x letak

Cara-Caranya

1. Panaskan oven pada suhu 170C
2. Lengserkan dan alaskan dasar serta keliling loyang kek 8 atau 9" dengan baking paper kemudian ketepikan.
3. Pukul telur dan gula dalam bekas tahan panas dengan mixer pada max speed secara double-boiler. Pukul hingga adunan naik 2 - 3x ganda, berwarna kuning pucat selama 6 minit.



4. Ayakkan tepung superfine, tepung jagung dan baking powder dalam bekas lain.


5. Kaup balikkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur, berselang-selikan dengan susu segar. Mulakan dengan campuran tepung dan akhiri dengan campuran tepung juga.
 6. Ambil sedikit adunan, campurkan ke dalam butter yang telah dicairkan. Gaul rata dan masukkan adunan ini ke dalam adunan asal. Kaup balik hingga rata


7. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar 170C selama 30-35 minit atau sehingga masak... Terpulang dengan ovan masing2.

8. Keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang atas redai. Keluarkan loyang dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik

9. Potong kek kepada 3 layer (tapi ina cuma buat 2 layer).


 10. Atas layer kek pertama, sapu fresh cream dan hirisan strawberry secara rawak. Tutup dengan layer kedua. (Versi ina plak.. tabur hirisan buah strawberry + dark pitted cherries then tutup dengan lapisan fresh cream)

11. Ulang dengan menyalut lapisan ke-2 (Ina skip bhgn ni..)

12. Akhiri dengan lapisan kek ke-3 dan salut keseluruhan kek dengan baki fresh cream. Susun hirisan strawberry di sekeliling kek dan di atas kek.

13. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan

  


Selamat mencuba!!!

Resepi Bebola Coklat

Friday, 1 June 2012

Salam sayang semuanya...

kepada anda yang ingin mencuba membuat bebola coklat yang mudah dan cuma menggunakan bahan2 yang senang didapati....

Ini la dia resepinya... 

300gm Kek Coklat (biasanya ina gunakan lebihan2 kek)
20gm Buah-Buahan campuran - Ina guna kismis
1/2 Bar coklat masakan - dicairkan
5 sudu besar jem strawberi
Coklat urai secukupnya

Cara membuatnya pun sangat2 mudah...

1. Kek coklat dihancurkan. Masaukkan kismis dan jem dan gaul sebati.
2. Kemudia masukkan coklat masakan yang telah dicairkan dan gaul lagi.
3. Setelah semuanya sebati, bulat2kan dan golek dalam coklat urai dan masukkan dalam paper cup
4. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 10 minit dan boleh dikongsi bersama yang tersayang...

Choco Grand's Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino