Kek Italian Rainbow

Wednesday, 30 May 2012

Salam Semua....

Dlm post kali ni Ina nak tunjuk satu lagi kek yang femes skrg ni...

Nak membuat kek ni x la seleceh membakarnya coz mana nak bancuh bahan2nya.. sekali jer.. tapi nak membakarnya kena la selapis2 sbb ina cuma ada oven kecik jer.. Huhuhu (berangan kejap bila la agaknya tiba masa nak beli oven besar2...)

Dahhhh... sambung balik kat dunia realiti cik Ina ye....

Tadaaaa......

Ini la dia kek Italian Rainbow versi Ina (takut sangat nak letak color bnyk2, sbb tu kek Ina pucat x bermaya jer kan.....)

Orang buat 6 tingkat tapi sbb Ina x cukup pewarna... 5 pun jadi la...



sekiranya berminat nak buat tempahan bleh call or sms Ina kat no ni ya 014-5572790
atau bleh email kat chocogrands@gmail.com


Resepi Kek Black Forest

Sunday, 27 May 2012

Assalamualaikum semua....

Black Forest.... hurmm.. masa kecik2 dulu tiap kali birthday mesti minta bapa belikan kek black forest ni. Tapi bila da membesar.. da pandai masak (chewahh.. kunu la ah.. pandai masak! Hehehe...) mau juga cuba buat sendiri kek ni...

Jadi pencarian pun bermula.... dari banyak2 resepi yang ditemui oleh pakcik google... ina nak cuba buat resepi ni yang ina dapat dari akak ni sedaapppp dan mudah....

Ok da ready semua... jom kita mulakan dengan bahan-bahannya...

120gm gula kastor
100gm tepung gandum
20gm serbuk koko
4 biji telur
10 gm ovalette
20gm air
1 sk esen vanilla
20ml minyak jagung

Bahan –bahan hiasan plak ini ya...
Non-diary whipping cream
Dark pitted cherry
Ceri merah
Chocolate rice

Ok, bahan-bahan da ada.. skrg kita mulakan...
  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10 - 15 minit.
  2. Perlahankan putaran. 
  3. Masukkan minyak.
  4. Griskan loyang. Masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit.
  5. Sejukkan kek. Potong 2 lapisan. Sapu krim dan letakkan beri.
  6. Naikkan kek atas lapisan yang telah disapu krim dan sapu semua bahagian kek dengan krim.
  7. Hias ikut citarasa.
Dan ini la hasilnya... x sampai 10 minit da lesap semuanya.. hehehhee...

Maaf la... rupanya x secantik kek jual kat kedai... Tapi rasanya dijamin SEDAP!!

Kena bnyk praktis lagi cik ina ye...

Muka x puas hati kek x cukup...

Harap korang semua dapat manfaat dari resepi ni ya... kalau ada yang buat jangan lupa share kat ina ye.... Dan kalau x nak buat sendiri bleh tempah ngan Ina...


untuk tempahan, boleh emaikan kepada chocogrands@gmail.com, atau sms 014-5572790 atau tinggalkan komen di fanpage chocogrands

Selamat mencuba!!!

Coklat Moist

Thursday, 17 May 2012

Chocolate Moist Cake 
Nyum...nyum... ini order dari kawan adik Ina... 


yang ini tuk birthday
Round

dan yang ini tuk mothers day!!! Hehehe...
Square

kalau nak order, bleh call / sms ina - 0145572790
@
Email : chocogrands@gmail.com

Cara mudah membahagi kek tanpa perlu kepakaran

Wednesday, 9 May 2012

Salam semua...

Hari ni Ina nak share cara mudah nak membahagi kek tanpa perlu kepakaran... Hehhehe (cakap khas tuk diri sendiri memandangkan memang x pernah lulus membahagi kek...)

Kaedah ni sangat2 mudah... dan bahan2 yang digunakan pun sangat2 senang didapati... Ina jumpa kaedah ni dari salah satu blog tapi x ingat nama blog tu... tapi apa pun thanks kpd tuan punya blog tu ya... 

Hahaha dengan bangganya Ina perkenalkan Encik Benang...Yey!!!



Mesti anda semua heran kan mcm mana benang ni bleh membantu kan... Hehehehe.. (Ina pun mcm tu juga..)

Ok x apa.. kita teruskan cara2nya nya ya...

Mudah kan..... Kalau anda da mencuba.. sila la share pengalaman anda kat cni ye ~~

Selamat Mencuba... (^___^)V



Resepi Apam Polkadot

Saturday, 5 May 2012

Assalamualaikum.....

Kali ni Ina nak share resepi Apam Polkadot ye... Resepi ni Ina dpt dari sini ya.. seperti biasa... Ina mmg sangat2 sukakan resepi-resepi yang mudah, murah dan sedap...

Resepi ni juga Ina dah buat berkali2.. (entah da brp bnyk ny buat....) setakat rekod yang Ina pernah buat belum ada komen yang x sedap didengar apa lagi x sedap dimakan...

Kita start dengan resepinya dulu ya...

Bahan-Bahan :
3 Biji telur Gred A (dari Peti Sejuk)
275gm tepung gandum (diayak bersama dengan baking powder)
3 sudu teh baking powder
220gm gula  kastor
150 ml susu segar
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil esen vanila
filling secukupnya mengikut citarasa 
pewarna

Ini plak cara-caranya...

1. Pukul telur, gula, ovallete dan esen vanila sehingga kembang
2. Masukkan tepung dan susu berselang seli sehingga habis
3. Bahagikan mengikut warna yang dikehendaki
4. Masukkan ke dalam piping bag
5. Paipkan sehingga 1/3 paper cup, letak inti, kemudian tutup lagi dengan adunan 
6. Kemudian dot-dot kan menggunakan warna yang berlainan.
7. Kukus selama 10-15 minit (pastikan air betul2 mendidih baru masukkan)

Inilah hasilnya....




Open Order From Now!!!

Tuesday, 1 May 2012

~~Choco Grand's Open From Now!!!~~

Email us:
chocogrands@gmail.com

Call or SMS:
014-5572790 (ina)

Location:
Kota Kinabalu, Sabah

Choco Grand's Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino