Assalamualaikum.....
Kali ni Ina nak share resepi Apam Polkadot ye... Resepi ni Ina dpt dari sini ya.. seperti biasa... Ina mmg sangat2 sukakan resepi-resepi yang mudah, murah dan sedap...
Resepi ni juga Ina dah buat berkali2.. (entah da brp bnyk ny buat....) setakat rekod yang Ina pernah buat belum ada komen yang x sedap didengar apa lagi x sedap dimakan...
Kita start dengan resepinya dulu ya...
Bahan-Bahan :
3 Biji telur Gred A (dari Peti Sejuk)
275gm tepung gandum (diayak bersama dengan baking powder)
3 sudu teh baking powder
220gm gula kastor
150 ml susu segar
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil esen vanila
filling secukupnya mengikut citarasa
pewarna
Ini plak cara-caranya...
1. Pukul telur, gula, ovallete dan esen vanila sehingga kembang
2. Masukkan tepung dan susu berselang seli sehingga habis
3. Bahagikan mengikut warna yang dikehendaki
4. Masukkan ke dalam piping bag
5. Paipkan sehingga 1/3 paper cup, letak inti, kemudian tutup lagi dengan adunan
6. Kemudian dot-dot kan menggunakan warna yang berlainan.





0 comments:
Post a Comment